21 Disember 2010

Kehidupan? apa yang kau cari darinya?

Life is not such easy game to play.. ada banyak rintangan, dugaan, cabaran. Korang happy dengan hidup korang?? ada yang korang merungutkan tentang kehidupan? apa dia?! Gaji sikit? anak ramai, nak makan x cukup, tempat tinggal x selesa? banyak nak bayar? hutang, itu, ini.. hurmm.. semua org 1 dunia mengeluh benda yg sama.

Kupas topik ni terbuka sikit.. dari sudut lain, ada berjuta manusia di dunia yang ada berjuta cara dan pemikiran tetapi berjuang dalam 1 tempat tinggal (di bumi) ni.. ada yang bawa macam2 falsafah.. ada yang punya macam2 cara.. ada yg nak jadi mcm org lain, ada yang nk jadi diri sendiri sampai mati. Ada yang memuja antara satu sama lain, ada yang sanggup mati kerana org lain, ada yg suka orang lain pi mati. Ada yang suka ini, tak suka itu, dan sebaliknya. Pada aku, semua org didunia ni ada tempat masing2. Rezeki masing2, jodoh masing2, tempat lahir dan tempat mati masing2, yang mana kita tau semuanya ketentuan Illahi. Tinggal lagi kita kena cari semuanya sendiri. Aq teringat ada sepotong ayat dalam Al-Quran, " Apakah engkau sangka, engkau boleh lari dari kematian? apakah engkau sangka Tuhan (Allah) tidak boleh membawa engkau ke tempat engkau sepatutnya mati?! " aku tak ingat surah apa, tapi aq ingat potongan ayat tu.. Senang cakap, Kehidupan ialah satu pilihan yang ditetapkan.

Kenapa ada yang tak setuju dengan kata2 aku tu? "kehidupan ialah pilihan yang ditetapkan".. kena setuju, sebab.. kita x pernah memilih untuk hidup di dunia, tetapi Allah telah tetapkan pilihan itu untuk kita, kita x pernah mintak hidup kita melarat miskin walaupun kita bekerja siang dan malam, tetapi ada sebab musabab yang jadikan kita kena terima pilihan itu sebagai sementara. Ada yang tak pernah mintak berkahwin dengan si penagih dadah.. tapi itu pilihan yang ditetapkan untuk kita, kita x pernah mintak mati muda, tapi sesetengah orang dimatikan dlm usia masih muda. Ia tetap pilihan, tetapi ditetapkan. So? apa yang engkau cari dalam kehidupan? ketetapan pada pilihan2 tu? atau kau menunggu ia datang kepada engkau. hurmm.. aq rasa, tuhan jadikan pilihan-pilihan yang ditetapkan itu adalah bersebab.. kenapa? apa sebabnya??

Kupas lebih mendalam.. sebabnya.. bila kita renungkan semula dari awal kejadian, sampai kita meningkat dewasa dan tua, dan akhirnya kita menuju kepada kematian, kemana kita lepas itu?? dah tentu kembali padaNya??  so? macam mana kita nk jadikan ketetapan dalam kehidupan kita itu adalah ketetapan yang baik untuk diri kita?? dengan cara dekatkan diri padaNya, patuhi suruhanNya, dan berdoa kepadaNya, kerana kesemua ketetapan itu Dia Yang Maha Besar je  yang tahu. Dan kepadaNya juga kita meminta lah.. hurmm.. so? adakah anda gembira dengan hidup anda sekarang? walaupun anda kaya. wang berjuta, adakah anda tahu kenapa Allah beri ia pada kamu?? walau engkau hidup susah, melarat dan tempuh hidup yang susah, adakah engkau tahu kenapa??

Kesilapan itu biasa, dosa dan pahala bukan kita ukur, dan itulah yang menjadikan kita lebih baik setiap hari. Kehidupan.. kehidupan.. kehidupan.. apa yang kita cari darinya? 

THANKS READER FOR RIDE MY WRITE

1 ulasan:

  1. huii.follow org lahh~~~ huftt~~ =__=
    bang,letak chatbox! nnti footprint hilang
    =='

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...