04 Januari 2011

Episod Baru Alam Persekolahan Seorang Anak

Hai Irsyaad!! hurmm.. 3/01/2011 / Isnin, Tarikh Irsyaad mula naik sekolah level-up ke Tahun 1. Anak ayah dapat dok kelas 1A masa ni. Syukur, hari pertama sekolah, icad da pandai sesuaikan diri. Mungkin sebab ayah da mula hantar icad ke Pra-Sekolah sejak umur icad 3 tahun lagi kn.. hurmm.. 1st day tu, x de karenah langsung, ayah anta icad, icad terus je masuk kelas sendiri. Nampaknya ayah da dpt ajar icad berdikari, hurmm ade banyak cabaran kan? sekolah di SJK(c). Kamu x pandai berbahasa mandarin dengan baik. Tapi ayah nak kamu belajar oke?? Hurmm sekolah mandarin ke, sekolah biasa ke, sama je, kalo ade usaha mesti boleh. Cuma pendekatan yang diambil setiap sekolah berbeza-beza. Guru disekolah ni juga sangat sistematik. Pendaftaran beratus pelajar dapat dilakukan dengan cepat dan baik. Yuran juga agak murah sedikit. yuran tahunan, RM38.50, duit buku RM70.90 siap sekali dengan yuran komputer dan duit yuran kelas. So, setiap bulan kena bayar RM11 sahaja. Waktu Belajar ialah dari 7.15 pagi sampai lah 12.40tgh hari. rehat pada 9.40 pagi.

Wahh!!.. hari pertama sekolah, sudah belajar mehh?? sangat pantas. Haahha.. x de suai kenal dulu mehh?? hurmm.. Tahun ni Kerajaan gariskan pendekatan baru untuk semua sekolah iaitu KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Jadi, guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.


Tujuannye supaya dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Balik aje dari sekolah pagi, petang pukul 2.00 - 3.30ptg kamu kena belajar agama kt Sekolah Agama ni pulak. Hurmm penat ye? sian kamu.. bis nak buat macam mane yek?? ayah pun dulu mcm ni juga. Nak cerita lah sikit, masa daftar kan anak aq ni. ade seorang guru yang tegur, nama anak aq "RIZQ IRSYAAD" ni sgtlah susah untuk dijawikan dan dia bertanya lah, kenapa beri nama yg susah. Hurmm.. maaf ye, cikgu.. sebelum anda bertanya, eloklah anda fahami dulu maksud nama tu dulu..

RIZQ IRSYAAD bermaksud (Petunjuk Rezeki). Dan perkataan 'Rizq' itu sendiri aq banyak lihat dalam Al-Quran digunakan. So, apa yang susah dijawikan? So, x de masalah yang akan timbul oke? dia bersekolah Cina, takde seorang pun guru cina di sekolahnya yang pertikaikan namanya, malah, cikgunye menyebut dengan betul. Hahaha.. malu saya. 

Bila si Abang (Irsyaad) ke sekolah, si adik (Isyraf) mula lah mengeluh, sunyi katanya, abang x de, dia boring jek.. bangun pagi tergolek ke sana, ke mari, rindu kat abang dia, jadik, aq pun hantar lah dia pergi khidmat negara.. haa.. tgk gambo tuh.. siap ngn beg beso, dlm tu ade biskut baby, pampers, susu stok 3 bulan, puting sumer ader.. muahahaha.. jaga diri baik2 ye anak ayah.. jangan nakal2 tau.. wah, honeymoon lah ayah ngn ibu korang gi outstation.. muahahah... 

Ape2 pun, anak ayah, ayah sayang anda berdua.. sentiasa lakukan yang terbaik untuk semua hal ye anak2 ku.. pengalaman ayah sgt perit yg mungkin ayah x dapat kongsikan dengan kamu. Tapi ayah tetap sayang kamu. Dan ayah harap yg sama dari kamu ye.. belajar rajin2 mcm mak usu kamu yek.. Cemerlang oke! Luv u..


THANKS READER FOR RIDE MY WRITE

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...